Latar belakang Uchiha_Sasuke

Sebagai seorang ninja Genin, Uchiha Sasuke (うちはサスケ) adalah bijak secara semula jadi dan merupakan ahli kepada keluarga yang kuat berpengaruh masa dahulu iaitu keluarga Uchiha. Sebagai salah satu keluarga yang masyhur di Konoha, keluarga Uchiha dikenali kerana memiliki kekkei genkai Sharingan dan kebolehan untuk menguasai jurus berelemen api, bersesuaian dengan nama negara tempat mereka menetap iaitu Negara Api. Seperti ahli keluarga yang lain, Sasuke mempunyai afiniti terhadap jurus berelemen api. Keluarga Uchiha juga mengasaskan kuasa polis di Konoha. Sasuke ialah salah seorang daripada dua Uchiha yang terselamat daripada perisitiwa pembunuhan ngeri beramai-ramai.